Wednesday, 26 March 2014

Refleksi MH370

1)PERASAAN SAYA APABILA MENGETAHUI TENTANG KEHILANGAN MH370.

2) PERASAAN SAYA SETELAH MEMBACA KOMEN-KOMEN YANG NEGATIF TENTANG KEHILANGAN MH370.

3) DUA PERKARA YANG SAYA PELAJARI DARIPADA EPISOD INI.

Setelah mendengar dari orang ramai tentang berita kehilangan MH 370,saya agak terkejut dan sedih.Lebih-lebih lagi apabila saya mendapat tahu bahawa ada dua penumpang kanak-kanak.Saya berasa sedih kerana melihat di televisyen bagaimana keluarga mereka merayu,menanggis dan menunggu di lapangan terbang negeri mereka.

Tentang komen-komen negatif di facebook dan twitter,saya amat hairan mengapa ada sebahagian orang yang bersikap tidak sensitif tanpa menghiraukan akan perasaan keluarga si mangsa yang melalui emosi yang tak terhingga.

Dua perkara yang saya pelajari daripada episod ini adalah haruslah bersikap sensitif apabila mendapat berita seperti ini kerana ia adalah sikap yang elok dan harus ada oleh setiap orang dan yang kedua adalah harus berhati-hati tentang apa yang ingin saya komen supaya tidak sampai melukakan keluarga si mangsa.

No comments:

Post a Comment